Ajal langgar kerbau melintas

Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar seekor kerbau yang melintas di Jalan Kuala Teriang, di sini pada malam Ahad. Foto ihsan polis
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar seekor kerbau yang melintas di Jalan Kuala Teriang, di sini pada malam Ahad. Foto ihsan polis
A
A
A

LANGKAWI - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar seekor kerbau yang melintas di Jalan Kuala Teriang, di sini pada malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shahriman Ashari berkata, mangsa dikenali Muhammad Dinie Izzat Mohd Shukor, 19, disahkan meninggal di tempat kejadian.

Menurutnya, Balai Trafik Langkawi menerima makluman kemalangan maut tersebut pada jam 9.08 malam.

"Balai Trafik Langkawi menerima makluman kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal yang melanggar binatang dipercayai seekor kerbau di Jalan Kuala Teriang berdekatan dengan Kampung Lawer.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Maliha," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Keadaan motosikal mangsa selepas melanggar seekor kerbau yang melintas di Jalan Kuala Teriang, Langkawi pada malam Ahad. Foto ihsan polis
Keadaan motosikal mangsa selepas melanggar seekor kerbau yang melintas di Jalan Kuala Teriang, Langkawi pada malam Ahad. Foto ihsan polis

Shahriman berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati keadaan jalan lurus di kedua-dua arah, garisan tengah putih putus-putus, cuaca baik dan keadaan jalan gelap berlampu.

"Kemalangan berpunca daripada kerbau melintas jalan dan mangsa tidak sempat untuk membrek," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.