Dua lelaki maut motosikal bertembung

Lokasi kejadian kemalangan membabitkan kematian dua penunggang motosikal di Kilometer 8 Jalan Pantai, Port Dickson pada Ahad. -Foto: PDRM, gambar kecil: Aidi Sham
Lokasi kejadian kemalangan membabitkan kematian dua penunggang motosikal di Kilometer 8 Jalan Pantai, Port Dickson pada Ahad. -Foto: PDRM, gambar kecil: Aidi Sham
A
A
A

PORT DICKSON - Dua lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Kilometer 8 Jalan Pantai dekat sini pada Ahad. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian pada jam 3.20 petang itu membabitkan dua motosikal yang ditunggang seorang pekerja restoran berusia 21 tahun dengan penunggang berusia 54 tahun.

"Siasatan awal mendapati pemuda berkenaan dari arah Teluk Kemang menghala ke Port Dickson, sebaik sampai di lokasi kejadian motosikal ditunggangnya disyaki telah hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

Keadaan motosikal kedua-dua mangsa selepas kejadian kemalangan di Kilometer 8 Jalan Pantai, Port Dickson pada Ahad. - Foto: PDRM
Keadaan motosikal kedua-dua mangsa selepas kejadian kemalangan di Kilometer 8 Jalan Pantai, Port Dickson pada Ahad. - Foto: PDRM

"Mangsa kemudiannya bertembung dengan motosikal yang ditunggang lelaki berusia 54 tahun iaitu seorang tukang cat dari arah bertentangan secara berdepan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, akibat daripada kemalangan terbabit, kedua-dua penunggang maut di tempat kejadian susulan kecederaan parah yang dialami. "Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan terbabit boleh berhubung dengan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Port Dickson di talian 06-6472222 bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: