Penunggang motosikal maut selepas bertarung nyawa hampir 5 jam

Lokasi di mana kemalangan berlaku yang melibatkan sebuah motosikal dan kereta pada Sabtu. Gambar kecil: Mohd Adli
Lokasi di mana kemalangan berlaku yang melibatkan sebuah motosikal dan kereta pada Sabtu. Gambar kecil: Mohd Adli
A
A
A

MACHANG - Seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan sekitar jam 4 petang di kilometer 35.9 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai maut selepas bertarung nyawa hampir lima jam pada Sabtu. Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yahama 125-Z meninggal dunia pada jam 8.46 malam semasa menerima rawatan di Hospital Machang.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, pihaknya menerima maklumat berkait kemalangan terbabit pada jam 4 petang.

"Siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Perodua Bezza telah keluar dari simpang jalan Dewan Kechil menghala ke arah laluan utama ke Kota Bharu. "Semasa kereta itu keluar, datang sebuah motosikal ditunggang mangsa yang hilang kawalan dan merempuh bahagian hadapan disebelah kiri kereta tersebut," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Menurut beliau, pelanggaran itu menyebabkan mangsa yang berusia 38 tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan dikejarkan ke hospital. Ujarnya, mangsa telah disahkan meninggal dunia pada jam 8.46 malam.

Mohd Adli memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi talian 019-8966292," katanya.

Artikel Berkaitan: