Mappim gesa polis siasat Dong Zong bawah Akta Hasutan

Gambar kecil: Mohd Zai
Gambar kecil: Mohd Zai
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) menyokong penuh pendirian Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang menuntut penentang tulisan jawi didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

Ketua Eksekutif Mappim, Mohd Zai Mustafa berkata, pihaknya menuntut polis segera membuka kertas siasatan dan memanggil Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang jelas membantah perlaksanaan tulisan jawi di sekolah vernakular.

"Tindakan Dong Zong telah menggugat perpaduan kaum serta menimbulkan suasana anti nasional di negara ini.

"Mappim juga mahu Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) memanggil pemimpin Dong Zong untuk memberi keterangan," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Moh Zai berkata, tindakan mengharamkan Dong Zong perlu dilakukan segera kerana mereka membawa agenda rasisme, cauvinis dan komunis.

Harussani dalam satu kenyataannya sebelum ini menegaskan pihak yang menentang tulisan jawi tidak mempersoalkan hak-hak tulisan berkenaan kerana termasuk dalam definisi kecenderungan menghasut di bawah Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948 iaitu bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

Tindakan Dong Zong yang berterusan membantah perlaksanaan pembelajaran tulisan itu di sekolah vernakular menyebabkan ramai pertubuhan tampil termasuklah mengadakan himpunan mendesak persatuan itu diharamkan.

Artikel Berkaitan: