UMNO Johor anjur Konvensyen Orang Melayu Jun ini

Onn Hafiz bersama Ahmad (kiri) dan Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor, di Bangunan UMNO Johor, pada Ahad.
Onn Hafiz bersama Ahmad (kiri) dan Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor, di Bangunan UMNO Johor, pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - UMNO Johor akan mengadakan Konvensyen Orang Melayu di peringkat negeri pada Jun depan.

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, konvensyen diputuskan selepas perbincangan pada Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor pada Ahad.

Menteri Besar itu turut menjelaskan konvensyen itu penting bagi mendapatkan hala tuju dan pandangan orang Melayu.

"Agenda UMNO Johor sudah tentu mahu terus mendapatkan sokongan daripada akar umbi, Bangsa Johor dan orang Melayu di negeri ini.

"Justeru, Konvensyen Orang Melayu Johor akan diadakan membabitkan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

"Selain itu, UMNO Johor juga akan adakan sesi bersama pimpinan UMNO bahagian seluruh Johor bagi memastikan pimpinan akar umbi faham aspirasi kita untuk terus jadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor, di sini pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Onn Hafiz (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor di Bangunan UMNO Johor pada Ahad.
Onn Hafiz (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor di Bangunan UMNO Johor pada Ahad.

Hadir sama, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Pertahanan dan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya.

Mesyuarat Perhubungan Negeri Johor berkenaan merupakan mesyuarat pertama dipengerusikan Onn Hafiz yang dilantik sebagai Pengerusi UMNO Johor berkuatkuasa 6 Disember lalu.

Onn Hafiz menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang dilantik ke jawatan itu dua tahun lalu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pada Mac 2022.