Cukai harta: Teliti kaedah, kadar agar tidak membebankan - Onn Hafiz

Onn Hafiz
Onn Hafiz
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan meneliti kaedah dan kadar kenaikan cukai harta yang bakal dilaksanakan membabitkan lima pihak berkuasa tempatan (PBT) agar tidak membebankan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai notis kenaikan kadar taksiran cukai harta yang akan dikuatkuasakan bermula Januari tahun depan.

"PBT terlibat ialah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB); Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP); Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG); Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP).

"Cukai harta atau cukai taksiran yang tidak dinaikkan di Johor sejak tahun 2013 adalah cukai yang dikenakan ke atas setiap pegangan berkadar termasuklah tanah kosong di dalam kawasan PBT mengikut kuasa yang diberikan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Onn Hafiz berharap tidak ada mana-mana pihak yang cuba mengelirukan dan memutarbelitkan isu ini.

"Kerajaan negeri sentiasa peka dan prihatin terhadap isu rakyat. Oleh itu, berdasarkan maklum balas pelbagai pihak, kerajaan negeri akan meneliti dan mempertimbangkan kaedah dan kadar terbaik.

"Ia penting agar tidak membebankan mana-mana pihak terutamanya dalam keadaan ekonomi yang mencabar dan kos sara hidup yang sedang meningkat," katanya.

Artikel Berkaitan: