Pendidikan setengah juta kanak-kanak Gaza terjejas - PBB

Kanak-kanak menunggu giliran mengambil bantuan makanan di Rafah - Xinhua.
Kanak-kanak menunggu giliran mengambil bantuan makanan di Rafah - Xinhua.
A
A
A

AMMAN - PesuruhjayaAgensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini berkata, lebih setengah juta kanak-kanak di Gaza tidak dapat mengikuti sistem sekolah rendah dan menengah.

"Kanak-kanak (di wilayah) itu dinafikan zaman kanak-kanak mereka.

"Kematian kanak-kanak di Gaza sangat tragis, masa depan kanak-kanak itu terancam," katanya dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita Jordan Petra. - Bernama.

Artikel Berkaitan: