724 kanak-kanak Palestin maut akibat serangan tentera Israel

Sekurang-kurangnya 724 kanak-kanak Palestin terbunuh selepas dibedil oleh bom dan diserang oleh rejim Zionis Israel melalui udara, kata pertubuhan kemanusiaan kanak-kanak Palestin. - Foto AP
Sekurang-kurangnya 724 kanak-kanak Palestin terbunuh selepas dibedil oleh bom dan diserang oleh rejim Zionis Israel melalui udara, kata pertubuhan kemanusiaan kanak-kanak Palestin. - Foto AP
A
A
A

GAZA - [DIKEMAS KINI] Sekurang-kurangnya 724 kanak-kanak Palestin terbunuh selepas dibedil oleh bom dan diserang oleh rejim Zionis Israel melalui udara, kata pertubuhan kemanusiaan kanak-kanak Palestin. Dalam tempoh 24 jam lalu juga, seramai tujuh kanak-kanak Palestin - kesemuanya lelaki - dibunuh oleh tentera Israel di Tebing Barat.


400 rakyat Palestin jadi korban Israel dalam 24 jam

Sementara itu Agensi berita Palestin, Wafa, melaporkan, serangan udara Israel ke atas Gaza telah membunuh lebih daripada 400 rakyat Palestin dan menyebabkan 1,500 yang lain mengalami kecederaan dalam tempoh 24 jam lepas.Jumlah berkenaan termasuk 260 kematian di bandar Gaza, 80 di Deir al-Balah di bahagian tengah Jalur Gaza, dan 40 di kem tumpuan pelarian Jabaliya di utara.

Selain itu, 10 Palestin telah terbunuh di bandar Beit Lahiya, sementara 20 telah terbunuh di selatan Khan Younis. - Agensi

Artikel Berkaitan: