PASRelief salur bantuan awal RM100,000.00 untuk rakyat Palestin

A
A
A

Sebahagian sumbangan daripada PASRelief untuk mangsa perang Palestin sudah diagihkan oleh wakil mereka di sana.
Sebahagian sumbangan daripada PASRelief untuk mangsa perang Palestin sudah diagihkan oleh wakil mereka di sana.

SHAH ALAM - Konflik peperangan yang berlaku di Palestin dan Israel yang dinamakan 'Taufan Al-Aqsa' lebih dahsyat berbanding perang sebelum ini apabila penduduk dan pejuang Palestin bangkit menuntut hak mereka selepas 75 tahun peristiwa Nakbah.

Oleh itu, atas rasa tanggungjawab dan kemanusiaan, PASRelief telah menyalurkan bantuan awal kecemasan bernilai RM100,000 kepada penduduk Palestin selepas serangan bermula pada Sabtu lepas.

MOHD YUSNI
MOHD YUSNI

Menurut Pengarah PASRelief, Mohd Yusni Mat Piah, bantuan awal kecemasan yang disalurkan berupa keperluan makanan asas dan wang tunai telah pun sampai dan diagihkan sebahagiannya oleh wakil PASRelief di Palestin kepada mangsa-mangsa perang di sana.

“Kami difahamkan situasi di Gaza semakin tegang dengan tindak balas rejim zionis Israel yang semakin mengganas apabila menyasarkan kawasan pendidikan, masjid, kediaman penduduk dan hospital. Lebih dahsyat, bekalan air dan elektrik juga disekat.

Artikel Berkaitan:

“Keadaan getir yang dilalui oleh penduduk Palestin saat ini, tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. PASRelief akan menggerakkan pelbagai usaha untuk menyalurkan lebih banyak bantuan kepada mangsa perang di Palestin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain sumbangan wang tunai, PASRelief juga turut menyalurkan bantuan barangan keperluan harian kepada mangsa perang di Palestin.
Selain sumbangan wang tunai, PASRelief juga turut menyalurkan bantuan barangan keperluan harian kepada mangsa perang di Palestin.

Jelas beliau lagi, dalam masa sama PASRelief memohon dan menyeru seluruh lapisan masyarakat di Malaysia yang mengikuti perkembangan perang Taufan Al-Aqsa untuk terus sama-sama bersolidariti dengan menyumbang ke Tabung Kecemasan Gaza ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!