Malaysia, Kyrgyz adakan rundingan dua hala pertama di Bishkek

Ahmad Rozian (kiri) mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Luar Republik Kyrgyz, Zheenbek Kulubaev pada Khamis. - Foto: FB Wisma Putra
Ahmad Rozian (kiri) mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Luar Republik Kyrgyz, Zheenbek Kulubaev pada Khamis. - Foto: FB Wisma Putra
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Republik Kyrgyz mengadakan rundingan dua hala yang pertama di Bishkek pada Khamis untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara.

Menerusi hantaran Facebook pada Jumaat, Wisma Putra berkata, mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar, Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani dan Timbalan Menteri Luar Republik Kyrgyz, Avazbek Atakhanov.

"Kedua-dua pihak membincangkan hubungan Malaysia-Republik Kyrgyz secara menyeluruh dan menyatakan komitmen untuk mengukuhkan lagi kerjasama dua hala.

"Mereka juga telah membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi berkepentingan bersama," menurut hantaran itu.

Dalam hantaran Facebook berasingan, Wisma Putra berkata, Ahmad Rozian turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Luar Republik Kyrgyz, Zheenbek Kulubaev pada Khamis.

Menurut Wisma Putra, Ahmad Rozian berada di Bishkek untuk mengetuai delegasi Malaysia di Rundingan Dua Hala Malaysia-Republik Kyrgyz yang julung kali diadakan. - Bernama

Artikel Berkaitan: