Malaysia-Singapura tingkat kerjasama strategik dua hala

Desmond (kiri) bersama Kor Ming.
Desmond (kiri) bersama Kor Ming.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Singapura sedia meningkatkan kerjasama strategik dua hala termasuk aspek pembangunan semula bandar, perumahan awam serta kebombaan.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, negara jiran itu yakin terhadap usaha-usaha yang bakal dijalankan oleh Malaysia untuk memacu perancangan dan pembangunan semula bandar.

“Desmond Lee Ti-Seng dan delegasinya menyatakan hasrat untuk mempertingkatkan kerjasama strategik dua hala yang lebih erat dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Selasa.

Dalam pertemuan dua jam di Singapura pada Isnin, Kor Ming dan Menteri Pembangunan Negara Singapura itu saling bertukar pandangan berhubung hal-hal berkaitan perancangan semula bandar, perumahan awam atau kebombaan.

Sementara itu, menurut Kor Ming, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengenal pasti sebanyak 139 tapak daif dan usang di ibu kota memerlukan usaha-usaha pembangunan semula.

“Perancangan dan pembangunan ini akan merancakkan lagi ekonomi setempat melalui penawaran pekerjaan baharu sekali gus menyumbang kepada nilai ekonomi yang tinggi.

“Mereka turut bersetuju mengadakan latihan bersama Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia di Civil Defence Academy, Singapura,” jelasnya.

Tambah beliau, semua cadangan tersebut akan diperhalusi ketika sesi pemukiman antara kedua-dua negara di Republik itu pada 30 Oktober.

Artikel Berkaitan: