Waspada mesej tular dakwa duit lesap selepas daftar PADU

Antara hantaran yang dikongsikan di media sosial mendakwa berlaku kes kehilangan wang selepas mendaftar PADU.
Antara hantaran yang dikongsikan di media sosial mendakwa berlaku kes kehilangan wang selepas mendaftar PADU.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Orang ramai diminta untuk membuat semakan dengan saluran rasmi kerajaan sebelum menyebarkan sebarang maklumat berhubung dakwaan berlaku kehilangan wang selepas membuat pendaftaran dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Kementerian Ekonomi dalam kenyataan melalui X pada Khamis menjelaskan, maklumat itu mendakwa kejadian itu berlaku kepada guru sekolah di Terengganu dan ditularkan melalui media sosial Facebook dan aplikasi mudah alih, WhatsApp.

"Sekiranya anda menerima mesej seperti gambar yang tertera, maklumat tersebut adalah palsu. Selepas semakan dibuat, tiada sebarang laporan polis berkenaan isu tersebut di Terengganu.

Mesej yang dikongsikan mendakwa berlaku kes kehilangan wang melibatkan guru di daerah Dungun.
Mesej yang dikongsikan mendakwa berlaku kes kehilangan wang melibatkan guru di daerah Dungun.

"Tiada juga sebarang aduan berkenaan isu tersebut di dalam sistem aduan kerajaan (SISPAA)

"Berhati-hati dan semak dengan saluran rasmi kerajaan sebelum berkongsi apa-apa maklumat daripada sumber tidak rasmi," kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, isu berkenaan telah dipanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan perkongsian sama, mesej tular tersebut mendakwa kes kehilangan wang itu berlaku kepada guru di daerah Dungun di mana kerugian dikatakan mencecah sehingga RM1,000.

Artikel Berkaitan: