PIBG sedia ruang baju sekolah terpakai bantu B40

Pakaian sekolah percuma yang diberikan kepada murid kurang berkemampuan.
Pakaian sekolah percuma yang diberikan kepada murid kurang berkemampuan.
A
A
A

MELAKA - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Semabok menutup tirai persekolahan 2022/2023 dengan menyediakan ruang mengumpulkan pakaian sekolah terpakai bagi membantu golongan B40.

Yang Dipertuanya, Razis Omar, 40, berkata, kempen yang pertama kali dianjurkan itu dapat membantu ibu bapa merancang perbelanjaan untuk membeli dan menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak pada sesi persekolahan akan datang.

Razis
Razis

Menurutnya, meskipun program dengan kerjasama sekolah dan Masjid Al-Abrar Semabok baharu bermula Jumaat lalu, namun sambutan yang diterima begitu menggalakkan dengan ramai penyumbang hadir menjayakan program ini.

"Kita nak membantu ibu bapa dan masyarakat yang memerlukan keperluan dan kelengkapan sekolah.

"Kita terima baju sekolah daripada ibu bapa sendiri sama ada baju baharu atau terpakai yang diberikan kepada kita dan disumbangkan kembali kepada ibu bapa yang memerlukan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kempen Sumbangan Kelengkapan ke Sekolah 2024 di pekarangan Masjid Al-Abrar, Semabok, di sini, pada Khamis.

Seorang jawatankuasa masjid menyusun pakaian terpakai yang disumbangkan orang ramai.
Seorang jawatankuasa masjid menyusun pakaian terpakai yang disumbangkan orang ramai.

Penyelaras program, Mohd Nor Azmi Aman,38, berkata sekiranya sambutan berterusan diterima dalam kalangan penyumbang, pihaknya berhasrat untuk meneruskan kempen ini sehingga akhir cuti persekolahan penggal ini.

Artikel Berkaitan:

Mohd Nor Azmi
Mohd Nor Azmi

"Kebanyakan barang-barang yang diterima seperti seragam sekolah dan baju sukan masih dalam keadaan baik, dan yang mana kotor seperti kasut kita akan bersihkan sebelum dipilih oleh penerima," katanya.

Sementara itu, tukang cuci yang juga ibu kepada tiga orang anak, Mahani Jaafar, 37, berkata, sekurang- kurangnya program ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk berjimat dan bijak berbelanja dalam menyiapkan persekolahan anak-anak.

Mahani
Mahani

Mahani berkata, dia tidak ketinggalan mengambil beberapa helai pakaian sekolah untuk anaknya sekali gus wang bagi perbelanjaan sekolah boleh digunakan untuk membayar yuran dan membeli buku sekolah.

"Bersyukur ada program seperti ini bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan seperti saya yang mempunyai tiga anak masih bersekolah termasuk di sekolah menengah.

"Sangat membantu lebih-lebih lagi sesi persekolahan baharu pada bulan depan juga kita akan menyambut Ramadan dan perlu berjimat cermat berbelanja," katanya.

Kasut sekolah pelbagai saiz dan jenama turut disediakan untuk golongan kurang bernasib baik.
Kasut sekolah pelbagai saiz dan jenama turut disediakan untuk golongan kurang bernasib baik.