Bayi lapan bulan maut: Polis akan rakam keterangan ibu bapa mangsa

Mangsa dipercayai ditinggalkan ibunya dalam kereta di tempat letak kenderaan di sebuah hospital di ibu negara pada Jumaat. Allaudeen (kanan) - Foto: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID
Mangsa dipercayai ditinggalkan ibunya dalam kereta di tempat letak kenderaan di sebuah hospital di ibu negara pada Jumaat. Allaudeen (kanan) - Foto: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan merekod keterangan ibu bapa bayi berusia lapan bulan yang meninggal dunia selepas ditinggalkan di dalam kereta di tempat letak kenderaan di sebuah hospital di ibu negara pada Jumaat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, buat masa ini polis memberikan ruang kepada ibu bapa mangsa yang masih bersedih akibat kejadian terbabit.

"Ketika ini ruang diberikan kepada ibu bapa bayi ini untuk bertenang, selepas ini mereka akan dipanggil untuk dirakam keterangan berkaitan kejadian.

"Siasatan akan dijalankan merangkumi setiap aspek dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak," katanya ketika ditemui dalam Program Pembersihan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau di sini pada Sabtu.

Pada Jumaat, seorang bayi perempuan meninggal dunia selepas ditinggalkan lebih 10 jam di dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kenderaan di sebuah hospital di ibu negara.

Wanita berkenaan meletakkan mangsa di bahagian penumpang belakang sebelah kiri untuk dihantar ke taska kira-kira jam 7.20 pagi.

Ibu mangsa bagaimanapun terus memandu keretanya itu ke tempat kerja dengan beranggapan mangsa telah dihantar ke taska.

Kejadian disedari ibu mangsa apabila mangsa didapati berada di kereta ketika petang selepas dimaklumkan suaminya bahawa mangsa tidak dihantar ke taska.

Artikel Berkaitan: