WPKL di tangga kedua pengambilan pelajar STEM

Kah Woh (lapan dari kanan) pada Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2024 peringkat WPKL di Sekolah Kebangsaan St Mary di Taman Intan Baiduri pada Rabu.
Kah Woh (lapan dari kanan) pada Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2024 peringkat WPKL di Sekolah Kebangsaan St Mary di Taman Intan Baiduri pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menduduki tangga kedua peringkat kebangsaan bagi pengambilan pelajar Tingkatkan Empat jurusan STEM (Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi).

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, Perlis berada di tangga pertama mencapai lebih 60 peratus sementara WPKL dengan 52.55 peratus diikuti Perak 52.16 peratus.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan usaha untuk meningkatkan promosi dalam menarik lebih ramai pelajar mengikuti aliran STEM.

"KPM meletakkan sasaran 60 peratus pelajar mengambil jurusan STEM. Setakat 2023, jumlah peratusan ialah 45.73 peratus meningkat 5 peratus berbanding 40 peratus tahun lepas.

"Bagi mencapai sasaran tersebut, KPM akan menetapkan KPI (petunjuk prestasi utama) bagi setiap JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) supaya boleh memantau prestasi di setiap negeri bagi penglibatan pelajar STEM setiap tahun," katanya.

Kah Woh (dua dari kiri) pada Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2024 peringkat WPKL di Sekolah Kebangsaan St Mary di Taman Intan Baiduri pada Rabu.
Kah Woh (dua dari kiri) pada Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2024 peringkat WPKL di Sekolah Kebangsaan St Mary di Taman Intan Baiduri pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2024 peringkat WPKL di Sekolah Kebangsaan St Mary di Taman Intan Baiduri pada Rabu.

Dalam pada itu, Kah Woh berkata, sejumlah 100 juta peruntukan disediakan pada 2024 sebagai salah satu usaha Kerajaan Madani untuk memastikan sasaran 60 peratus dicapai.

Artikel Berkaitan:

"Daripada peruntukan itu, RM40 juta akan digunakan untuk naik taraf 301 makmal komputer babitkan (kos) RM150, 000 setiap makmal.

"RM40 juta lagi untuk naik taraf makmal sains diikuti RM10 juta lagi untuk pembelian peralatan STEM untuk sekolah menengah dan baki RM10 juta lagi untuk kluster STEM babitkan program rintis di Perak dan Selangor," katanya.

Sementara itu, Kah Woh berkata, sebanyak RM30.4 juta diperuntukkan bagi pemberian BAP bagi sesi persekolahan 2024/2025 kepada pelajar WPKL.

"Inisiatif ini memberi manfaat kepada 202,899 murid di 289 buah sekolah di semua daerah.

"BAP ini tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi diberikan kepada semua murid tanpa ada had pendapatan," katanya.