Sejam bersih bahan kimia bocor di sekolah

Tumpahan bahan kimia membabitkan asid sulfurik dan lysol yang pecah dalam kabinet stor makmal sekolah.
Tumpahan bahan kimia membabitkan asid sulfurik dan lysol yang pecah dalam kabinet stor makmal sekolah.
A
A
A

PARIT - Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengambil masa lebih sejam bagi membersihkan kebocoran bahan kimia di sebuah makmal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maharajalela di sini hari ini.

Komander Hazmat, Mohd Fadzeli Che Hussin berkata, panggilan kejadian itu diterima pada jam 9.55 pagi membabitkan asid sulfurik dan lysol yang pecah dalam kabinet stor makmal berkenaan.

"Setelah pemeriksaan dibuat didapati tiada sebarang bahan berbahaya dikesan.

"Anggota kemudiannya membuat 'neutralizing' di kawasan itu sebelum mengalihkan bahan dalam bekas, seterusnya membuat pengudaraan di makmal berkenaan," katanya.

Kawasan telah diisytiharkan selamat.
Kawasan telah diisytiharkan selamat.

Beliau berkata, bahan dalam bentuk cecair itu mengeluarkan bau yang tengik.

Bagaimanapun katanya, tiada pelajar atau guru yang mengalami kesan akibat kejadian itu.

Artikel Berkaitan:

"Semua pelajar dilaporkan berada dalam dewan ketika kejadian, pemeriksaan lanjut kemudiannya mengesahkan kawasan terbabit telah selamat. Operasi tamat pada jam 2 petang," katanya.