Spanco merugikan negara: PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Februari 2024 di Dewan Sri Endon Puspanitapuri pada Isnin. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Kontrak perolehan bagi membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan yang dikendalikan Spanco Sdn Bhd (Spanco) adalah merugikan negara.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenyataan itu bukanlah suatu yang baharu kerana ia pernah disuarakan beliau sewaktu menjadi Menteri Kewangan suatu ketika sebelum ini.

"Saya tidak tahu di mana salahnya, tetapi saya tahu peraturan itu tidak betul, saya tahu ia merugikan negara," katanya menerusi ucapan pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Isnin.

Menurutnya, kontrak itu juga tidak menyenangkan penjawat awam yang menggunakan kemudahan berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kiri) menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Februari 2024 di Dewan Sri Endon Puspanitapuri pada Isnin. - Foto Bernama

"Saya tahu ia tidak menyenangkan penjawat awam, tetapi kita lesu, tidak berupaya berbuat apa-apa kerana tidak ada ketegasan dan tekad politik untuk bertindak," kata beliau.

Sebelum ini media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat yang memperoleh kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan.

Beberapa saksi penting telah dirakam keterangan.

Artikel Berkaitan:

Ia termasuklah daripada agensi kerajaan serta individu dari syarikat terbabit yang sebelum ini memperoleh kontrak membekal serta menguruskan 'fleet' kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.

SPRM turut menyerbu kediaman dan syarikat ahli perniagaan berusia lingkungan 70-an itu serta merampas dokumen berkaitan kewangan bagi membantu siasatan selain membekukan akaun bank yang bernilai jutaan ringgit.