Dana 1MDB: Tiga pemimpin UMNO cabar notifikasi SPRM

Gambar kiri: Shahrir Samad, gambar kanan: Ahmad Maslan
Gambar kiri: Shahrir Samad, gambar kanan: Ahmad Maslan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga pemimpin UMNO mencabar notifikasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan semula dana yang diarah dikembalikan atas dakwaan diambil dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad memfailkan permohonan berasingan untuk semakan kehakiman untuk mencabar nota kompaun bulan lalu dengan menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan SPRM sebagai responden.

Permohonan sama dibuat oleh dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Sumaili Reduan untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman di hadapan Hakim, Datuk Nordin Hassan.

Pada 7 Oktober lalu, SPRM mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu dan entiti tertentu bagi mendapatkan semula dana didakwa diberi oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari 1MDB berjumlah RM420 juta.

SPRM mengambil tindakan itu mengikut Seksyen 92 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 26 Februari depan untuk mendengar permohonan oleh ketiga-tiga pemimpin berkenaan.

Peguam, Shahrul Sharif mewakili ketiga pemimpin itu manakala Peguam Persekutuan Kanan, Ahmad Hanir Hambali bagi SPRM.

Sementara itu, Jawatankuasa Perhubungan UMNO Pulau Pinang, UMNO Batu, Labis, Indera Mahkota dan Taiping bagaimanapun, menarik balik permohonan semakan kehakiman bagi kes yang sama dan berhasrat memfailkan permohonan baharu.

Artikel Berkaitan: