Bomba Perak tempatkan pasukan di empat lokasi kritikal lebuh raya

Sayani (kanan) dan Sandrea ketika melihat pemeriksaan pili bomba dalam Kempen Menghapus Bahaya Kebakaran dan Kempen Keselamatan Kebakaran sempena Tahun Baharu Cina 2024 di Pasar raya AEON Klebang dekat Chemor pada Isnin.

A
A
A

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak akan menempatkan anggota dan jentera di empat lokasi kritikal berlakunya kemalangan sepanjang tempoh cuti perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Pengarah JBPM negeri, Sayani Saidon berkata, lokasi berkenaan membabitkan Plaza Tol Tapah, Kuala Kangsar dan Kamunting serta satu di Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) bagi mempercepatkan pergerakan operasi menyelamat.

"Lebuh raya di Perak ini adalah antara jajaran yang terpanjang. Jadi penting untuk kita menyediakan pasukan yang boleh bertindak cepat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.

"Selain jentera, kita turut tempatkan Unit Bermotor Bomba (RIM) supaya anggota dapat bergerak ke lokasi dan beri respon lebih cepat lagi meskipun dalam keadaan laluan yang sesak," katanya sempena Kempen Menghapus Bahaya Kebakaran dan Kempen Keselamatan Kebakaran sempena Tahun Baharu Cina 2024 di Pasar raya AEON Klebang dekat Chemor pada Isnin.

Sandrea (kanan) ketika menyempurnakan Kempen Menghapus Bahaya Kebakaran dan Kempen Keselamatan Kebakaran sempena Tahun Baharu Cina 2024 di Pasar raya AEON Klebang dekat Chemor pada Isnin.
Sandrea (kanan) ketika menyempurnakan Kempen Menghapus Bahaya Kebakaran dan Kempen Keselamatan Kebakaran sempena Tahun Baharu Cina 2024 di Pasar raya AEON Klebang dekat Chemor pada Isnin.

Kempen dirasmikan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng dan turut dihadiri Penolong Pengurus Operasi AEON Klebang, Rozita Ahmad Fuad.

Sayani berkata, rondaan secara berkala turut dilakukan di jalan-jalan persekutuan dan negeri yang berisiko berlaku kemalangan dengan pembabitan anggota balai terdekat.

"Bagi menampung keperluan operasi pemadaman dan kes lain, balai-balai berhampiran akan bantu dan peka dengan sebarang maklumat kecemasan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sayani (kanan) dan Sandrea menyantuni orang ramai mengenai kesedaran bahaya kebakaran dalam Kempen Menghapus Bahaya Kebakaran dan Kempen Keselamatan Kebakaran sempena Tahun Baharu Cina 2024 di Pasar raya AEON Klebang dekat Chemor pada Isnin.

Sementara itu, beliau berkata, sepanjang operasi Tahun Baharu Cina tahun lalu, sebanyak 66 kes kebakaran direkodkan dengan lapan kes daripadanya melibatkan bangunan.

Katanya, dalam aspek penguatkuasaan pula, JBPM Perak telah membuat pemeriksaan bagi tujuan menghapus bahaya kebakaran ke atas 1,862 pelbagai premis seluruh negeri.

"Bagi tujuan pengeluaran sijil perakuan bomba, sebanyak 328 premis ditetapkan telah didaftarkan dengan 225 daripadanya berjaya dikeluarkan sijil," katanya.