Suami isteri jelajah 40 masjid sempena ulang tahun ke-20

Khairul Anuar dan Yuhana akan menjelajah masjid dengan motosikal
Khairul Anuar dan Yuhana akan menjelajah masjid dengan motosikal
A
A
A

KOTA BHARU - Suami isteri mahu mengabadikan kenangan ulang tahun ke-20 perkahwinan mereka dengan mencipta kelainan menjelajah seluruh semenanjung Malaysia selama lapan hari.

Lebih menarik, Mohamed Khairul Anuar Mohd Basri dan isteri, Yuhana Abdul Rahman, 44, akan singgah di 40 masjid untuk menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada semua masjid atau surau terbabit.

Mohamed Khairul Anuar berkata, sumbangan berkenaan juga boleh dimanfaatkan sebagai sebahagian persiapan pihak masjid menyambut Ramadan.

"Jelajah lapan hari bermula 24 Februari depan itu akan bermula di Gombak dan diteruskan ke negeri di bahagian selatan dan berakhir di Pantai Timur.

"Alhamdulillah, ALLAH SWT memberi idea untuk menyampaikan sumbangan dan penjelajahan saya tidak 'kosong'," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau memberitahu, semua persiapan sudah dilakukan dan mengikut jadual mereka akan berhenti di lima masjid setiap hari dengan mengisi tabung derma mengikut nilai yang ditetapkan itu.

Sehingga kini jelasnya, ramai yang memberi sumbangan melalui tabung pertubuhan yang ditubuhkan beliau, Pertubuhan Kejar Akhirat Bersama (KAB)

Artikel Berkaitan:

Khairul Anuar dan Yuhana mengabadikan kenangan perkahwinan dengan mengenakan busana songket
Khairul Anuar dan Yuhana mengabadikan kenangan perkahwinan dengan mengenakan busana songket

"Kami bersyukur kerana dapat menjadi 'orang tengah' antara penyumbang dan pihak masjid dan berharap dapat menampung perbelanjaan Ramadan," katanya.

Mohamed Khairul Anuar yang juga seorang usahawan dan personaliti televisyen memberitahu, idea berkenaan turut dipersetujui isteri yang memang mempunyai minat sama untuk melancong di samping memberi manfaat kepada golongan sasaran.

Pasangan yang mempunyai empat anak berusia antara sembilan hingga 19 tahun itu akan menuju ke destinasi pertama iaitu Negeri Sembilan, diikuti Melaka dan Johor sebelum mengakhiri penjelajahan di utara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!