SPRM lancar setem kenang-kenangan sempena ulang tahun ke-56

Azam (tengah) menyampaikan hadiah pemenang tempat pertama reka bentuk setem kepada Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Fauzi Husin (kanan) sambil disaksikan oleh Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar.
Azam (tengah) menyampaikan hadiah pemenang tempat pertama reka bentuk setem kepada Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Fauzi Husin (kanan) sambil disaksikan oleh Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melancarkan setem kenang-kenangan sempena sambutan ulang tahun ke-56 pada Isnin.

Menerusi kerjasama julung kali tersebut, sebanyak 17 penyertaan dengan 80 reka bentuk setem diterima daripada pegawai dan kakitangan SPRM dari seluruh negara.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada majlis sambutan yang diadakan di ibu pejabat SPRM, dekat sini.

Menurut Azam, walaupun pertandingan tersebut merupakan pertama kali dilaksanakan, namun penyertaan daripada warga SPRM untuk kedua-dua program amat menggalakkan.

Beliau berkata, bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun tersebut, pelbagai program telah dilaksanakan termasuk pertandingan nyanyian lagu patriotik.

"Sambutan ulang tahun SPRM ke-56 kali ini membawa tema yang sama dengan moto SPRM iaitu amanah, tegas dan adil.

"Ia membawa maksud tugas dan tanggungjawab yang diberikan perlu dilaksanakan dengan penuh amanah, tegas 'without fear or favour', adil tanpa prasangka dan berat sebelah dalam semua keadaan berteraskan prinsip kedaulatan dan keluhuran undang-undang," katanya ketika berucap sempena ulang tahun SPRM ke-56 pada Isnin.

Hadir sama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali serta Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Junipah Wandi.

Artikel Berkaitan: