MyIPO adakan Hari Terbuka sempena ulang tahun ke-20

MyIPO bakal mengadakan Hari Terbuka MyIPO sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-20 bertempat di Menara MyIPO, Petaling Jaya pada 6 dan 7 Oktober ini.
MyIPO bakal mengadakan Hari Terbuka MyIPO sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-20 bertempat di Menara MyIPO, Petaling Jaya pada 6 dan 7 Oktober ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bakal mengadakan Hari Terbuka MyIPO sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-20 bertempat di Menara MyIPO, Petaling Jaya pada 6 dan 7 Oktober ini.

MyIPO dalam satu kenyataan berkata, pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan bagi semua lapisan umur seperti Jualan Agro Madani oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta Jualan Ehsan Rahmah yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Jualan Agro Madani akan diadakan pada 6 Oktober, menawarkan hasil laut dan juga sayur-sayuran manakala Jualan Ehsan Rahmah pada 7 Oktober buat pengunjung mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan seperti beras, minyak masak, telur ayam dan ayam segar.

“Turut diadakan pertandingan explorace, ceramah dan konsultasi harta intelek, jualan produk usahawan PKS serta pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

“MyIPO juga mengadakan sesi khas bersama TikTok Malaysia, khusus bagi usahawan yang berhasrat mengembangkan jaringan perniagaan menerusi platform jualan atas talian di bawah TikTok iaitu TikTok Shop,” katanya pada Rabu.

Kenyataan tersebut memaklumkan, penganjuran hari terbuka itu merupakan acara terakhir dalam kalendar sambutan ulang tahun MyIPO ke-20 di samping ingin memperkenalkan pejabat baharunya di PJ sentral yang beroperasi secara rasmi pada 10 April lalu.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.myipo.gov.my atau platform media sosial MyIPO di Facebook, X, TikTok, Instagram dan Threads.

Artikel Berkaitan: