Kedai makan, bengkel motosikal hangus dalam kebakaran

Bengkel motosikal yang terbakar di Kampung Biah, Perol, Kota Bharu pada Khamis.
Bengkel motosikal yang terbakar di Kampung Biah, Perol, Kota Bharu pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Dua unit premis kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Biah, Perol, di sini pada Khamis.

Kejadian berlaku pada jam 8.20 pagi itu masing-masing melibatkan sebuah bengkel motosikal dan sebuah kedai makan.

Keadaan kedai makan dan bengkel motosikal yang musnah dalam kebakaran di Kampung Biah, Perol, Kota Bharu pada Khamis.
Keadaan kedai makan dan bengkel motosikal yang musnah dalam kebakaran di Kampung Biah, Perol, Kota Bharu pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ketereh, Penolong Penguasa Bomba Roslan Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.23 pagi.

Menurut beliau, sebaik pasukan tiba di lokasi kejadian, didapati kedua-dua premis terbabit terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian membuat pemadaman dengan menggunakan sumber air terbuka.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9 pagi,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini pada Khamis.

Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan api dalam kejadian kebakaran di Kampung Biah, Perol, Kota Bharu pada Khamis.
Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan api dalam kejadian kebakaran di Kampung Biah, Perol, Kota Bharu pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, operasi pemadaman kebakaran dilakukan lapan anggota dan pegawai dari BBP Ketereh dan dibantu BBP Tunjong serta Kota Bharu.

“Operasi melibatkan dua jentera bomba dan satu lori tangki air.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” kata beliau.