Pembantu kedai makan warga Nepal dipenjara lima tahun, dua sebatan

Manday Ajay dihukum penjara lima tahun dan dia sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang fizikal.
Manday Ajay dihukum penjara lima tahun dan dia sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang fizikal.
A
A
A

MELAKA - Seorang warga Nepal dihukum penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini pada Rabu kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan.

Keputusan itu dibuat Hakim, Darmafikri Abu Adam selepas Manday Ajay Kumar, 26, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara memegang punggung mangsa berusia 15 tahun di gerai minuman dalam Chinatown Food Court, Ujong Pasir, di sini kira-kira jam 12 tengah hari pada 20 dan 24 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu dia didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang juga pembantu kedai makan merayu hukuman paling ringan kerana perlu menyara ibu bapa dan tiga adik masih bersekolah di kampung serta mohon berjalan serentak dari tarikh ditangkap iaitu pada 29 Mei lalu.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Sivashangari memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan bagi setiap kesalahan dan berjalan serentak dari tarikh ditangkap.

Artikel Berkaitan: