Pemandu lori ditahan disyaki cuba seleweng diesel bersubsidi

Pemandu lori yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kuantan untuk tindakan lanjut.
Pemandu lori yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kuantan untuk tindakan lanjut.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang menahan seorang pemandu lori kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dekat sini pada Isnin.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 10 malam ketika sedang mengisi minyak diesel ke dalam sebuah lori di sebuah stesen minyak di kawasan Inderapura.

Pengarah KPDN Pahang, Jezlily Jamaluddin berkata, kegiatan lelaki terbabit disedari anggota penguat kuasa KPDN ketika membuat rondaan di bawah Ops Tiris 3.0 di stesen-stesen minyak sekitar daerah ini.

Anggota penguat kuasa KPDN Pahang melakukan pemeriksaan ke atas tangki minyak tambahan yang ditemui di bahagian muatan lori ditahan disyaki digunakan untuk aktiviti seleweng minyak diesel bersubsidi. Gambar kanan: Tangki minyak tambahan yang ditemui di bahagian muatan lori ditahan disyaki digunakan untuk aktiviti seleweng minyak diesel bersubsidi.
Anggota penguat kuasa KPDN Pahang melakukan pemeriksaan ke atas tangki minyak tambahan yang ditemui di bahagian muatan lori ditahan disyaki digunakan untuk aktiviti seleweng minyak diesel bersubsidi. Gambar kanan: Tangki minyak tambahan yang ditemui di bahagian muatan lori ditahan disyaki digunakan untuk aktiviti seleweng minyak diesel bersubsidi.

Menurutnya, anggota penguat kuasa terlibat melakukan pemeriksaan ke atas lori terbabit setelah dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan terbabit mempunyai tangki tambahan yang disyaki diubah suai dan bersambung dengan tangki asal.

"Tangki tambahan itu dipercayai digunakan bagi mengisi minyak diesel bersubsidi untuk diselewengkan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Anggota penguat kuasa KPDN Pahang melakukan pemeriksaan ke atas tangki minyak tambahan yang ditemui di bahagian muatan lori ditahan disyaki digunakan untuk aktiviti seleweng minyak diesel bersubsidi.
Anggota penguat kuasa KPDN Pahang melakukan pemeriksaan ke atas tangki minyak tambahan yang ditemui di bahagian muatan lori ditahan disyaki digunakan untuk aktiviti seleweng minyak diesel bersubsidi.

Artikel Berkaitan:

Jezlily berkata, pihaknya bertindak menahan pemandu lori terbabit dan merampas 1,000 liter minyak diesel yang diisi kerana disyaki dimiliki tanpa permit kebenaran daripada pengawal bekalan.

"Turut disita lori tiga tan bersama tangki keluli tambahan yang digunakan untuk tujuan tersebut bagi siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan lebih RM50,800.

"Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 kerana memiliki barang kawalan (minyak diesel) dengan niat untuk melakukan kesalahan," ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, sepanjang Januari tahun ini, KPDN Pahang berjaya mengesan lapan kes di bawah Ops Tiris

3.0 dengan nilai keseluruhan rampasan RM381,293.

Justeru katanya, KPDN memberi amaran keras terhadap mana-mana individu atau syarikat berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan dan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah AKB 1961.

"Jika sabit kesalahan, pihak terlibat berdepan denda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM 3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi orang perseorangan.

"Bagi syarikat denda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan tidak lebih RM5 juta bagi kesalahan berikutnya," jelasnya.

Jezlily berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama.pengguna untuk tampil membantu sebagai mata dan telinga kementerian dengan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan para peniaga melalui pautan https://linktr.ee/kpdn.

Sindiket seludup diesel bersubsidi tumpas, 16 individu diberkas

Sementara di PASIR GUDANG, JOHOR Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan satu sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dalam satu serbuan di Pelabuhan Johor, di sini dan merampas 138,270 liter diesel dianggarkan bernilai RM 20,615,675, pada Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, serbuan itu dilakukan oleh pihaknya bersama Unit Risikan Marin, Pasukan Polis Marin Wilayah Dua.

"Dalam serbuan tersebut kita berjaya menahan tiga lelaki warga tempatan dan 13 kru kapal warga asing," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Hazani berkata, pihaknya turut merampas sebuah lori tangki minyak, sebuah kapal kargo minyak, dua buah pam flow meter, dua buah pam minyak dan 13 pasport.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1974 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Beliau berkata, PDRM sentiasa komited untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara

Hidup dalam memerangi penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi agar dapat memastikan hasil negara sentiasa dilindungi daripada ketirisan.

"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis agar kegiatan jenayah dapat dibanteras sepenuhnya," ujarnya.