Tujuh budak maut letupan bom di Burkina Faso

Letupan bom yang mengenai sebuah bas meragut 14 nyawa termasuk tujuh kanak-kanak di Burkina Faso.
Letupan bom yang mengenai sebuah bas meragut 14 nyawa termasuk tujuh kanak-kanak di Burkina Faso.
A
A
A

OUAGADOUGOU - Seramai tujuh kanak-kanak dan empat wanita antara 14 orang awam yang maut selepas bas dinaiki meletup akibat terkena bom di barat laut Burkina Faso semalam.

"Angka kematian setakat ini adalah 14 orang," kata sebuah kenyataan sambil menambah 19 yang lain cedera, tiga daripada mereka parah.

Menurut sumber keselamatan, letupan berlaku di wilayah Sourou berhampiran sempadan Mali ketika pelajar kembali ke sekolah selepas cuti Hari Krismas.

"Bas tersebut terkena bom buatan sendiri di jalan raya Toeni-Tougan," kata sumber terbabit.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu namun keganasan di Burkina Faso sering dikaitkan dengan pejuang al-Qaeda dan Daesh. - AFP

Artikel Berkaitan: