Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Selasa ketika peserta pasaran memberi tumpuan terhadap mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) negara maju itu yang bermula pada Selasa.

Pada jam 9.05 pagi, nilai ringgit meningkat kepada 4.7255/7300 berbanding dolar AS daripada 4.7310/7360 pada akhir urus niaga semalam.

Pengarah Urusan SPI Asset Managemen,t Stephen Innes berkata, mesyuarat FOMC itu amat penting dari segi sokongan terhadap prestasi dolar AS bagi jangka pendek.

"Pergerakan harga akan terhad manakala pasaran kadar faedah AS pula menunjukkan peluang yang hampir sama dengan pengurangan kadar mata asas sebanyak 25 mata asas yang dijangka pada Mac.

"Selain itu, ketegangan geopolitik yang meruncing di Timur Tengah hanya menambah kerumitan tambahan terhadap dinamik pasaran dan menjejaskan hala tuju dolar AS," katanya kepada Bernama.

Berikutan itu, Innes menjangkakan ringgit kekal stabil pada paras semasa menjelang mesyuarat FOMC.

Pada masa sama, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun yang turun kepada 3.2055/2090 daripada 3.2020/2056, semalam.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 6.0066/0123 daripada 6.0093/0157 dan mengukuh berbanding euro kepada 5.1201/1250 daripada 5.1204/1258, sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Unit tempatan itu juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean termasuk mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 298.8/299.3 daripada 299.1/299.7 dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.39/8.41.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5281/5317 daripada paras 3.5269/5309 dan rendah berbanding baht Thailand pada 13.3628/3812 daripada 13.2949/3153, sebelum ini. - Bernama