Ringgit rendah berbanding dolar AS

Ringgit memulakan dagangan rendah sedikit berbanding dolar AS pagi Selasa selepas data Indeks Pembuatan ISM Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan lebih baik daripada jangkaan. - Gambar hiasan.
Ringgit memulakan dagangan rendah sedikit berbanding dolar AS pagi Selasa selepas data Indeks Pembuatan ISM Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan lebih baik daripada jangkaan. - Gambar hiasan.
A
A
A

RINGGIT memulakan dagangan rendah sedikit berbanding dolar AS pagi Selasa selepas data Indeks Pembuatan ISM Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan lebih baik daripada jangkaan.

Penganalisis berkata, ini telah mendorong peniaga meningkatkan jangkaan terhadap kenaikan kadar pada bulan November oleh Rizab Persekutuan AS (US Fed) dan langkah ini akan menyokong dolar AS.

Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7220/7270 berbanding dolar AS daripada penutup semalam 4.7150/7195.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes memberitahu Bernama, dolar AS diniagakan agak kukuh menjelang hujung minggu ini dan pasaran mengunjurkan kecenderungan Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah akan terus memacu pasaran mata wang.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid juga berpendapat, PMI ISM AS yang lebih baik boleh mendorong kenaikan kadar faedah selanjutnya pada November oleh Rizab Persekutuan dan menggalakkan mereka mengekalkan kadar lebih tinggi untuk masa yang lama.

"Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal lemah kerana pelabur akan terus memilih untuk memegang dolar AS,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain kecuali yen Jepun, menyaksikan mata wang tempatan menyusut kepada 3.1507/1543 daripada 3.1492/1524 pada penutupan Isnin.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.9458/9511 daripada 4.9677/9725 dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.7075/7135 daripada 5.7358/7413 sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

Pada masa yang sama, mata wang tempatan diniaga bercampur-campur berbanding mata wang Asia yang lain.

Ringgit meningkat ber banding baht Thai kepada 12.7312/7498 daripada 12.7626/7796 dan rendah sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 304.0/304.5 berbanding penutupan dagangan semalam pada 303.5/304.0.

Ia tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.30/8.32 berbanding 8.30/8.31 dan meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.4372/4411 daripada 3.4373/4409 sebelumnya. - Bernama