Ribuan pengguna kini dapat manfaat daripada aplikasi Think Quran

Suasana pelancaran #FahamKhatamAlQuran di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada 12 Januari lalu.
Suasana pelancaran #FahamKhatamAlQuran di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada 12 Januari lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Aplikasi Think Quran sudah mula digunakan secara meluas oleh orang ramai sejak kempen #FahamKhatamAlQuran dilancarkan pada 12 Januari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Radzeen Abdul Rahman berkata, pertambahan itu dilihat sangat positif kerana orang ramai mula mengenalinya produk tersebut.

“Kami menyasarkan lebih ramai pengguna di Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk menggunakan kaedah Think Quran ini.

“Kami sediakan pemasaran dan latihan secara dalam talian untuk mengalu-alukan lebih ramai umat Islam menggunakan aplikasi ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Terdahulu, Think Quran melancarkan kempen #FahamKhatamAlQuran untuk menggalakkan orang ramai memahami setiap perkataan dalam kitab suci tersebut sempena kedatangan bulan Ramadan.

No Image Caption

Modul Aplikasi Think Quran itu amat berkesan kerana menawarkan teknik pembelajaran ringkas yang padat dalam masa singkat.

Aplikasi interaktif tersebut juga sesuai digunakan untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Artikel Berkaitan:

Ia membolehkan pembelajaran serta penghayatan al-Quran diadakan di mana-mana sahaja untuk memanfaatkan masa sepanjang bulan puasa.

Dengan memperuntukkan sekurang-kurangnya 15 minit sehari pengguna mampu mengukur prestasi secara kendiri dalam aplikasi.

Selain itu, aplikasi tersebut juga menawarkan kaedah penguasaan bahasa Arab (al-Quran) melalui penggunaan kosa kata dan perkataan paling penting.

Think Quran menyasarkan umat Islam yang sudah boleh membaca al-Quran dan individu yang tiada asas bahasa Arab.

Aplikasi berkenaan juga memberi fokus kepada golongan berkerjaya yang cuba mencari ketenangan dalam hidup.