Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat pertama berjaya dikeluarkan

Ismail Abdul Ghani. Laporan Sinar Harian
Ismail Abdul Ghani. Laporan Sinar Harian
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Mayat mangsa pertama yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Blue Valley dekat sini berjaya dikeluarkan pada jam 11.05 pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat lelaki warga Myanmar itu diserahkan kepada polis untuk urusan selanjutnya.

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat empat lagi mangsa di kawasan runtuhan masih diteruskan.

"Kawasan agak berbahaya, buat masa ini, kita tidak benarkan pihak media masuk sehingga keadaan selamat," katanya dan menambah kesemua mangsa merupakan pekerja asing.

Dalam kejadian jam 2.51 pagi tadi, seorang lelaki maut manakala empat lagi dikhuatiri masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands mengesahkan kesemua lima mangsa merupakan warga Myanmar berusia antara 25 hingga 56 tahun. - Bernama

Artikel Berkaitan: