Larangan merokok: 82 notis dikeluarkan di Kelantan

Dr Zaini (kanan) beramah mesra dengan peserta Program Ultron Malaysia Kota Baru New Year Nite Run 2020 dan Program Walk Kelantan malam tadi.
Dr Zaini (kanan) beramah mesra dengan peserta Program Ultron Malaysia Kota Baru New Year Nite Run 2020 dan Program Walk Kelantan malam tadi.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengeluarkan 82 notis termasuk terhadap 12 perokok elektronik dan vape atas kesalahan merokok di kedai makan dan premis awam dengan nilai kompaun berjumlah RM18,309 antara tempoh 1 hingga 3 Januari.

Pengaruh JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, daripada jumlah tersebut itu juga sebanyak 11 notis kesalahan dalam kalangan remaja.

“Pihak jabatan juga memberi notis kepada 14 pemilik premis dengan jumlah kompaun sebanyak RM3,500.

“Notis itu dikeluarkan kepada pemilik yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan kesalahan menyediakan kemudahan merokok,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ultron Malaysia Kota Baru New Year Nite Run 2020 dan Program Walk Kelantan di sini malam tadi.

Beliau berkata, individu yang menerima notis kesalahan kerana merokok di tempat makan dikenakan kompaun sebanyak RM250.

“Bagi kesalahan pertama boleh dikurangkan kompaun kepada RM150 jika pembayaran dijelaskan di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh sebulan daripada tarikh notis.

“Bagi kesalahan kedua pula tiada ada pengurangan kompaun diberikan dan bayaran penuh kompaun dikenakan manakala kompaun sehingga RM350 akan dikenakan bagi mereka yang melakukan kesalahan kali ketiga dan seterusnya,” katanya.

Tambahnya, penguatkuasaan larangan merokok dilaksanakan di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasilnya Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018 iaitu larangan merokok di semua tempat makan termasuk tempat makan terbuka.

Artikel Berkaitan:

“Seramai 200 pegawai terbabit dalam menjalankan pemeriksaan di 793 premis bagi mengesan perokok dan pemilik premis yang ingkar sejak sejak 1 Januari lalu,” katanya.