ASIHM21 prospek pelancongan sukan

Fadillah berucap semasa pelancaran program ASIHM21 di Restoran Al-Amber Lembaga Getah, Jalan Ampang pada Rabu. Foto Bernama
Fadillah berucap semasa pelancaran program ASIHM21 di Restoran Al-Amber Lembaga Getah, Jalan Ampang pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

PENGANJURAN larian Anak Sarawak International Half Marathon (ASIHM21) di ibu negara pada 3 Februari ini, berupaya menjadi satu lagi tarikan pelancongan sukan di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana larian yang diadakan di dua lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), bakal menarik 7,000 penyertaan termasuk peserta luar negara.

“Program ini merupakan kali kedua dianjurkan Sarawak Volunteers dan kali ini dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia serta beberapa penaja bersama.

“Tujuan kita laksanakan program ini untuk galakkan gaya hidup sihat, selain memaparkan pemandangan sekitar Kuala Lumpur di waktu malam yang begitu cantik sekali gus sebagai satu destinasi tarikan sukan maraton...diharap ia juga jadi daya penarik kepada pelancong yang masuk larian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas merasmikan program ASIHM21 di Jalan Ampang pada Rabu.

Fadhilah yang juga Penaung Sarawak Voluntees, berkata antara kelainan pada edisi kedua ASIHM21 itu ialah ia dibuka kepada peminat sukan maraton antarabangsa dari 13 negara.

Setakat ini, menurutnya acara berkenaan mendapat tarikan peserta dari Sepanyol, Jerman, Itali, Kanada, Argentina, Turki, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia.

“Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu 6 kilometer (km) 11km dan 21km dengan tawaran hadiah terkumpul bagi kesemua kategori sebanyak RM60,000.

Artikel Berkaitan:

“Larian dijangka bermula pada 7 malam, 3 Februari hingga 1 pagi, 4 Februari dan pada tempoh itu beberapa jalan di SUKE serta AKLEH akan ditutup bermula 5 petang dengan kawalan pihak berkuasa," katanya. - Bernama