Hina Perdana Menteri: AMK Perak buat laporan polis

AMK Perak membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun media sosial kerana memuat naik hantaran menghina Anwar menerusi Facebook. - Foto Facebook AMK Perak
AMK Perak membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun media sosial kerana memuat naik hantaran menghina Anwar menerusi Facebook. - Foto Facebook AMK Perak
A
A
A

IPOH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun media sosial kerana memuat naik hantaran menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebook.

Ketua AMK Perak, Zaim Sidqi Zulkifly berkata, laporan polis berkenaan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh semalam terhadap pemilik akaun bernama "Mubin Salleh".

"Saya yakin kenyataan ini berunsur fitnah yang serius dan mengaibkan serta tuduhan yang melampau dibuat pemilik akaun itu terhadap Perdana Menteri. Hantaran itu juga mendapat banyak reaksi dan komen jelik.

"Jadi, laporan ini dibuat supaya polis melakukan siasatan," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.