X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Menteri Pendidikan baharu perlu teruskan usaha Dr Maszlee

Jasni Md Kechik
A
A

JERANTUT - Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) berharap menteri baharu yang bakal menerajui Kementerian Pendidikan meneruskan usaha bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam memperkasakan bahasa Melayu dan tulisan jawi sebagai warisan bangsa dan negara.

Presidennya, Jasni Md Kechik berkata, masalah beban kerja guru dengan tugas yang tidak relevan juga perlu diselesaikan segera agar mereka dapat memberi fokus sepenuhnya kepada tugas mengajar di bilik darjah.

Menurutnya, warga pendidik seluruh negara juga diharap supaya meneruskan kecemerlangan pendidikan seperti yang dirangka Dr Maszlee sebelum ini agar ia tidak terhenti di pertengahan jalan.

"KGMMB berterima kasih kepada Maszlee atas khidmat bakti beliau selama 20 bulan menerajui Kementerian Pendidikan dan kami sebagai warga pendidikan bertekad untuk meneruskan hala tuju yang telah dirangka bagi menentukan kecemerlangan pendidikan di negara ini.

"Kami turut berterima kasih atas beberapa pelan yang telah ditetapkan beliau (Maszlee) seperti memastikan perjalanan sekolah sukan diperkasakan, selain saranan agar bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan bukan di tanah air malah sehingga ke peringkat global," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jasni berkata, atas usaha beliau juga sebanyak 421 Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) membabitkan 1,109 kelas disediakan kepada hampir 7,591 Murid Berkeperluan Khas (MBK) di seluruh negara tahun ini menjadikan 2,418 sekolah peringkat pra sekolah hingga menengah.

"Maszlee yang memulangkan jawatannya berkuat kuasa semalam turut merangka strategi meningkatkan kualiti pendidikan, mengutamakan TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional) berkualiti berbanding kuantiti.

“Beliau mahu TVET selari dengan keperluan industri berkemahiran yang berkaitan bagi menampung pekerja berkemahiran serta dapat mempromosikan sumbangan industri negara," katanya.

Katanya, memandangkan pendidikan merupakan sektor penting dalam melahirkan masyarakat holistik beliau turut mengumumkan lebih 50 inisiatif yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh dua tahun akan datang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!