[VIDEO] Simpati nasib rakyat, Tun M hadir bersolidariti di Istana Negara

A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir turut menyertai orang ramai berhimpun di Pintu Dua Istana Negara bagi menyatakan solidariti terhadap nasib yang menimpa rakyat ketika ini.

Dakwa bekas Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat itu, rakyat kini ramai yang sengsara, hinggakan ada yang membunuh diri kerana desakan hidup.

Tun Dr Mahathir bersama orang ramai di pintu dua Istana Negara pada Selasa.
Tun Dr Mahathir bersama orang ramai di pintu dua Istana Negara pada Selasa.

Oleh itu katanya, beliau turut terpanggil untuk menyatakan kebersamaan bersama mereka yang hadir.

“Saya hadir pasal saya juga rakyat Malaysia, dan ini adalah gerakan rakyat jadi saya bersimpati dengan mereka.

Suasana orang ramai berhimpun di Pintu Dua Istana Negara bagi menyatakan soladariti terhadap nasib yang menimpa rakyat ketika ini.
Suasana orang ramai berhimpun di Pintu Dua Istana Negara bagi menyatakan soladariti terhadap nasib yang menimpa rakyat ketika ini.

“Apa yang disebutkan tadi, sampai orang Melayu bunuh diri, tidak pernah jadi 17 orang Melayu bunuh diri, ada yang bunuh mak, bunuh ibu bapa, kerana mereka hilang punca, tertekan amat sangat, sebab itu saya datang sini, tunjuk solidariti saya dengan rakyat,” katanya pada sidang media di pekarangan Pintu Dua Istana Negara pada Selasa.

Beliau berkata demikian setelah selesai tiga wakil gabungan badan bukan kerajaan (NGO) menerima perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddij Al-Mustafa Billah Shah bagi menyampaikan memorandum yang mengandungi pelbagai tuntutan melibatkan isu negara pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun difahamkan, hanya empat individu menyampaikan memorandum terbabit ke kawasan istana sebelum diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Antara kandungan memorandum tersebut ada menyatakan bahawa ramai rakyat tempatan meminta Yang di-Pertuan Agong untuk membela keadaan rakyat biasa.

Turut digariskan dalam memorandum ialah mengenai tekanan ekonomi yang dilalui oleh rakyat.

Terdahulu himpunan yang dianjurkan sekretariat Pembela Tanah Air (PETA) mewakili tiga NGO lain itu, dihadiri lebih 1,000 orang bagi membawa suara rakyat.

Himpunan yang digelar sebagai 'Selamatkan Tanah Air Kita Suara Rakyat Ke Istana Negara' itu turut dihadiri oleh pemimpin politik.

Himpunan berlangsung aman dan berada dalam keadaan terkawal dengan pemantauan pihak polis yang turut menjaga pintu masuk jalan ke pintu dua Istana Negara. Ia berakhir kira-kira jam 12 tengah hari.