Kebakaran di Australia ragut dua lagi nyawa

Krisis kebakaran belukar yang sedang berlaku di Australia. Foto: AFP
Krisis kebakaran belukar yang sedang berlaku di Australia. Foto: AFP
A
A
A

SYDNEY - Pihak berkuasa Australia mengesahkan dua lagi kematian dalam kebakaran belukar di Pulau Kangaru yang terletak di Australia Selatan, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan News.com.au hari ini.

Perdana Menteri Australia Selatan, Steven Marshall memberitahu, beliau amat sedih apabila mendengar berita mengenai kematian itu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, lebih banyak atau kurang separuh daripada kawasan tanah telah terbakar dalam kebakaran belukar besar-besaran pada Jumaat.

Pulau Kangaru adalah sebuah destinasi pelancongan dan pusat konservasi berhampiran pesisir Australia Selatan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: PM Australia mohon bantuan antarabangsa

Australia bakal dilanda kebakaran hutan baharu

Artikel Berkaitan: