PM Australia mohon bantuan antarabangsa

Krisis kebakaran belukar yang sedang berlaku di Australia.
Krisis kebakaran belukar yang sedang berlaku di Australia.
A
A
A

CANBERRA - Perdana Menteri Australia, Scott Morrison telah membatalkan lawatan rasmi ke India susulan krisis kebakaran belukar yang sedang berlaku di negaranya, lapor agensi berita China Xinhua.

Morrison pada Jumaat telah berbual melalui telefon dengan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi, menurut laporan akhbar The Australian.

Beliau telah mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara (NSC) bagi membincangkan peningkatan respon dari segi ketenteraan berhubung kebakaran itu, yang dijangka bertambah buruk berdasarkan ramalan hari ini.

"Peranan Pasukan Pertahanan Australia (ADF) akan menjadi lebih besar pada hari-hari mendatang terutama dari segi pengangkutan udara, pemindahan penduduk, bantuan kejuruteraan dan pusat perlindungan," kata Morrison.

Apabila ditanya sama ada beliau meminta bantuan tambahan dari segi anggota bomba dari luar negara, Morrison berkata, "sudah tentu."

Suhu di seluruh Victoria dan New South Wales, dua negeri yang paling teruk dilanda kebakaran belukar baru-baru ini, dijangka melepasi 40 darjah Celsius hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: