Australia bakal dilanda kebakaran hutan baharu

Empat orang maut dan lebih 300 kediaman musnah sejak negara itu dilanda kebakaran bulan lalu. - Foto AFP
Empat orang maut dan lebih 300 kediaman musnah sejak negara itu dilanda kebakaran bulan lalu. - Foto AFP
A
A
A

CANBERRA - Australia masih dicengkam kebakaran hutan dahsyat di Queensland dan negeri paling ramai penduduk, New South Wales.

Menurut Perkhidmatan Kebakaran dan Kecemasan Queensland (QFES), sehingga petang tadi, lebih 60 kebakaran masih melanda negeri itu dan lebih 1,300 anggota bomba bertungkus lumus memadamkan lebih 68 kebakaran di New South Wales.

Pasukan bomba juga kini bersiap sedia untuk mengamal api yang lebih marak susulan peningkatan suhu dan angin kencang.

Setakat ini, kebanyakan kawasan di Queensland masih berada dalam keadaan darurat.

Kebakaran hutan yang melanda negara itu sejak bulan lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan memusnahkan lebih 300 buah rumah. - Agensi

Artikel Berkaitan: