[VIDEO] Penduduk harap penemuan fosil beri nilai tambah pembangunan kampung


Itu antara rekasi penduduk Kampung Changkat Tualang, Kampar susulan penemuan fosil karang purba dianggarkan berusia 300 juta tahun seperti didedahkan Persatuan Jurupandu Pelancong Geopark Warisan Alam Semulajadi Perak (GEONAT).

Seorang penduduk, Ahmad Syahid Ibrahim, 30, berkata, penemuan itu menjadikan kampung berkenaan yang agak terpencil kerana kedudukannya jauh dari kawasan bandar mula dikenali dan menjadi sebutan ramai.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/645544/edisi/perak/penduduk-harap-penemuan-fosil-beri-nilai-tambah-pembangunan-kampung

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #fosil300jutatahun" />
A
A
A

KAMPAR - "Kampung kami hanya biasa-biasa sahaja, tetapi tak sangka ada menyimpan sejarah yang begitu berharga."

Itu antara rekasi penduduk Kampung Changkat Tualang dekat sini susulan penemuan fosil karang purba dianggarkan berusia 300 juta tahun seperti didedahkan Persatuan Jurupandu Pelancong Geopark Warisan Alam Semulajadi Perak (GEONAT).

Seorang penduduk, Ahmad Syahid Ibrahim, 30, berkata, penemuan itu menjadikan kampung berkenaan yang agak terpencil kerana kedudukannya jauh dari kawasan bandar mula dikenali dan menjadi sebutan ramai.

Kajian menemukan lebih tiga atau empat jenis fosil daripada kelas Gastropod, Rugosa, Crinoid dan satu lagi fosil karang yang melekat pada batu-batuan.
Kajian menemukan lebih tiga atau empat jenis fosil daripada kelas Gastropod, Rugosa, Crinoid dan satu lagi fosil karang yang melekat pada batu-batuan.

Menurutnya, tidak mustahil penemuan itu akan membuka lembaran baharu kepada pembangunan ekonomi setempat hasil daripada impak penyelidikan dan pelancongan.

"Ramai penduduk kampung yang terkejut apabila dimaklumkan penemuan ini, begitupun kami tetap berbangga kerana selama ini tidak ramai yang tahu kewujudan kawasan ini.

"Harapan kami apabila kawasan ini menjadi tumpuan pelancong dan penyelidik kelak, penduduk kampung tidak dilupakan dan dapat sama merasai impak positif pembangunan," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Ahad.

Tinjauan dilakukan mendapati, kawasan berkeluasan kira-kira 6.9 hektar yang terletak lebih 17 kilometer dari bandar Kampar itu sebelum ini hanya popular dalam kalangan pemancing kerana dikelilingi lombong dan tasik.

Artikel Berkaitan:

Sekitar tiga tahun lalu, tasik di kawasan tersebut mula dijadikan lokasi berkayak hingga menarik kehadiran penggemar aktiviti rekreasi itu dari luar negeri.

Laporan Sinar Harian (Gambar kecil: Ahmad Syahid, Ahmad Kazimi, Mohd Azwa)
Laporan Sinar Harian (Gambar kecil: Ahmad Syahid, Ahmad Kazimi, Mohd Azwa)

Seorang lagi penduduk, Ahmad Kazimi Ibrahim, 24, berkata, kawasan itu didiami hampir 1,000 penduduk dari Kampung Changkat Tualang dan Kampung Redang Sawa dan rata-rata mereka mencari pendapatan menerusi aktiviti bertani dan berkebun.

Katanya, sekitar tahun 2008, kawasan tersebut pernah dicadangkan sebagai lokasi pembangunan kuari, namun tidak diteruskan kerana mendapat bantahan penduduk.

Bagi memastikan semua penemuan fosil berkenaan tidak terancam, komuniti setempat mengenakan syarat pengisian borang makluman bagi memantau pergerakan keluar masuk pengunjung.
Bagi memastikan semua penemuan fosil berkenaan tidak terancam, komuniti setempat mengenakan syarat pengisian borang makluman bagi memantau pergerakan keluar masuk pengunjung.

"Kami bersyukur kerana dengan bantahan itu, dapatlah kawasan ini dimajukan dengan aktiviti memancing dan berkayak. Sekarang ada pula penemuan fosil yang penting untuk penyelidikan dan pendidikan.

"Kami menaruh harapan tinggi, penemuan ini dapat membantu kawasan kampung ini lebih maju terutama dari segi ekonominya untuk jaminan generasi akan datang," katanya.

Selain sekolah, kawasan yang terletak dalam Parlimen Kampar itu turut dilengkapi dengan kemudahan masjid, dewan dan jalan bertar.

Mohd Azwa Shahrom, 50, pula berkata, kewujudan fosil itu mula disedari penduduk sejak tahun lalu sebelum memaklumkan kepada GEONAT bagi tujuan kenal pasti dan kajian lebih mendalam.

Ujarnya, bagi memastikan semua penemuan fosil berkenaan tidak terancam, mereka mengenakan syarat pengisian borang makluman bagi memantau pergerakan keluar masuk pengunjung.

"Mana-mana pelawat yang nak masuk perlu maklumkan dahulu kepada komuniti di sini, syarat ini kami kenakan kerana nak pastikan semua penemuan ini selamat dan tidak rosak," katanya.

Kewujudan fosil itu mula disedari penduduk sejak tahun lalu sebelum memaklumkan kepada GEONAT bagi tujuan kenal pasti dan kajian lebih mendalam.
Kewujudan fosil itu mula disedari penduduk sejak tahun lalu sebelum memaklumkan kepada GEONAT bagi tujuan kenal pasti dan kajian lebih mendalam.

Media melaporkan sekumpulan penyelidik GEONAT menjumpai fosil karang purba terdiri daripada beberapa jenis hidupan purba spesies siput laut yang sudah lama pupus dianggarkan berusia 300 juta tahun.

Kumpulan itu menjelajah kawasan berkenaan selepas melakukan rujukan daripada jurnal lama termasuk rekod pengkaji lama sebelum menemukan lebih tiga atau empat jenis fosil daripada kelas Gastropod, Rugosa, Crinoid dan satu lagi fosil karang yang melekat pada batu-batuan.

Penemuan fosil hidupan laut kuno yang muncul sejak zaman paleozoik sebelum wujudnya haiwan reptilia purba dinosaur itu dikatakan yang pertama setakat ini pernah dijumpai di Perak.