[VIDEO] Jemaah terlalu ramai, solat Subuh terpaksa dibuat dua sesi

A
A
A

JOHOR BAHRU - Lebih 12,000 jemaah hadir mengimarahkan Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn di sini dalam Program Semarak Subuh pagi tadi.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu hantaran melalui Facebook beliau hari ini berkata, semenjak masjid itu didirikan, hari ini merupakan kali pertama solat subuh berjemaah terpaksa didirikan dua kali kerana terlalu ramai yang hadir.

Lebih 12,000 jemaah hadir imarahkan Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn di Johor Bahru dalam Program Semarak Subuh pagi tadi. Foto X Onn Hafiz Ghazi
Lebih 12,000 jemaah hadir imarahkan Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn di Johor Bahru dalam Program Semarak Subuh pagi tadi. Foto X Onn Hafiz Ghazi

"Syukur alhamdulillah, lebih 12,000 jemaah hadir mengimarahkan Program Semarak Subuh Johor.

"Semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan agama ALLAH SWT," kata beliau dalam hantaran berkenaan.

Terdahulu, Onn Hafiz turut bersolat jemaah di masjid itu bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid serta beberapa pempengaruh seperti Jalil Razak, Acad Rajalawak dan Shahrol Azizie Azmi. - Bernama