X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Pulau Pinang sasar jadi negeri tanpa tunai Mac ini

Chow Kon Yeow
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang menyasarkan untuk mengadaptasi sepenuhnya transaksi e-dompet di seluruh negeri pada Mac ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, inisiatif itu selaras dengan program e-Tunai Rakyat oleh kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan dari 15 Januari hingga 14 Mac tahun ini yang menggalakkan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Saya menyokong penuh usaha ini dan saya ingin menggalakkan setiap penduduk Pulau Pinang untuk menjalani gaya hidup tanpa tunai dan saya tidak sabar untuk melihat berapa lama diperlukan Pulau Pinang untuk mencapai tahap optimum untuk menjadi masyarakat tanpa tunai,” katanya ketika berucap pada program e-dompet Touch ‘n Go (TNG), di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong yang turut menghadiri program itu berkata, TNG akan memperkenalkan secara agresif transaksi tanpa tunai di pelbagai bazar, pasar malam serta perusahaan kecil dan sederhana di Pulau Pinang dan berharap negeri lain akan mencontohi transformasi tanpa tunai itu.

Beliau berkata, kira-kira 120,000 vendor telah mengadaptasi e-dompet TNG di seluruh negara setakat ini dan menyasarkan untuk menggandakan jumlah itu menjelang akhir tahun. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!