ASEAN alami 28 bencana minggu lepas - Pusat AHA

Pusat AHA mendedahkan bahawa banjir di Indonesia menjejaskan 128,000 individu, 35,000 rumah dan 45 sekolah. Foto AFP
Pusat AHA mendedahkan bahawa banjir di Indonesia menjejaskan 128,000 individu, 35,000 rumah dan 45 sekolah. Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Rantau ASEAN mengalami 28 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin pada minggu kedua tahun 2024.

Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana ASEAN (Pusat AHA) melaporkan bahawa keadaan lembap di kawasan selatan menyebabkan bencana besar di Indonesia.

Agensi pengurusan bencana Indonesia BNPB melaporkan banjir, tanah runtuh dan kejadian berkaitan angin di pelbagai wilayah, termasuk Kalimantan, Pulau Jawa, Pulau Sumatera, Riau, Bengkulu dan Maluku Utara.

Kemas kini Pusat AHA mendedahkan bahawa banjir di Indonesia menjejaskan 128,000 individu, 35,000 rumah dan 45 sekolah.

Sumatera Selatan menjadi wilayah paling terjejas dengan 76,000 individu terjejas banjir, menyumbang 60 peratus daripada jumlah keseluruhan diikuti Jawa Barat dengan 35,000 individu terjejas.

Sementara itu, agensi meteorologi dan gunung berapi Indonesia bersama agensi gunung berapi Filipina PHIVOLCS masing-masing merekodkan empat gempa bumi melebihi lima pada skala Richter dan enam aktiviti gunung berapi. - Bernama

Artikel Berkaitan: