PRK Pelangai: Kempen dijangka lebih meriah di minggu kedua

PRK Pelangai pada 7 Oktober ini diadakan ekoran kematian Johari akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.
PRK Pelangai pada 7 Oktober ini diadakan ekoran kematian Johari akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.
A
A
A

BENTONG - Memasuki separuh tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, persaingan tiga penjuru kerusi itu hakikatnya dilihat antara UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Pas bagi Perikatan Nasional (PN).

Meskipun kempen calon parti-parti bertanding dan seorang calon Bebas setakat ini dilihat kurang kemeriahannya, ramai dalam kalangan pemerhati politik melihat PRK ini amat penting bagi BN dalam memastikan kerusi yang menjadi kubu kuat parti itu sejak 1986 terus menjadi milik mereka, serta menyekat kemaraan ‘gelombang hijau’ di Pahang selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Situasi hambar tempoh awal kempen itu dijangka berubah pada minggu kedua kempen lantaran calon bertanding dan jentera parti meningkatkan ‘gear’ bagi menambat hati pengundi, selain kehadiran pemimpin utama parti peringkat pusat yang dijadual turun padang bermula hujung minggu ini.

Pensyarah kanan di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Raub, Dr Che Hamdan Che Mohd Razali berkata, BN 'memerlukan' kerusi DUN Pelangai bagi mengimbangi kedudukan di Dewan Undangan Negeri Pahang.