Johor arah agensi terlibat siap sedia banjir gelombang keempat

Mohd Jafni. Foto Bernama
Mohd Jafni. Foto Bernama
A
A
A

KULAI - Johor telah mengarahkan setiap agensi yang terlibat dengan operasi berkaitan bencana untuk bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan berlaku banjir gelombang keempat di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, segala arahan kesiapsiagaan bagi agensi-agensi berkaitan juga telah diselaraskan oleh pegawai daerah terlibat.

Bercakap dalam persidangan media media di sini hari ini, beliau berkata, harapan kini adalah agar hujan nanti tidak terlalu lebat, melebihi kuantiti biasa.

"Saya dimaklumkan sebelum ini, kuantiti hujan normal adalah 20 hingga 30 milimeter (mm) tiap jam, tetapi sekarang ini (sejak kebelakangan ini) meningkat tiga kali ganda, sampai 60 hingga 70 mm tiap jam,” katanya ketika ditanya mengenai persediaan banjir gelombang keempat di Johor.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa beberapa kawasan di Pahang dan Johor dijangka mengalami hujan berterusan bermula esok hingga 20 Januari. - Bernama

Artikel Berkaitan: