Sila log masuk terlebih dahulu.

Johor siap sedia hadapi jerebu, Larkin catat IPU tertinggi

01 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 1 OKTOBER 2023

Suasana berkabus atau jerebu menyebabkan beberapa bangunan di sekitar Johor Bahru khususnya di Larkin, kelihatan sedikit kelam walaupun disinari matahari yang panas terik, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata Kerajaan Johor kini bersedia berdepan jerebu dengan memantau keadaan semasa dan mengambil tindakan sewajarnya susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dicatatkan di Larkin dan Batu Pahat, pada Ahad.

Jelasnya, jabatan kecemasan dan trauma, hospital di seluruh negeri telah diarah bersiap siaga menghadapi segala kemungkinan pertambahan pesakit berkaitan saluran pernafasan ketika jerebu melanda.

Artikel berkaitan: https://shorturl.at/bzDIY

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini