Bursa Malaysia tawar pelaburan dinar emas serendah RM10

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (dua dari kanan) melancarkan Bursa Malaysia sebagai bursa aset pelbagai dan logo baharu Bursa Malaysia, pada Selasa.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (dua dari kanan) melancarkan Bursa Malaysia sebagai bursa aset pelbagai dan logo baharu Bursa Malaysia, pada Selasa.
A
A
A

BURSA Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) melancarkan aplikasi pelaburan enam ‘Dinar Emas Bursa’ yang menawarkan nilai permulaan pelaburan serendah RM10.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Muhamad Umar Swift berkata, aplikasi berkenaan merupakan platform dagangan emas patuh Syariah yang menyediakan kemudahan digital melabur emas kepada pelabur.

“Platform ini terbuka kepada warga Malaysia dan mereka yang menetap di Malaysia dan memenuhi kriteria kelayakan dengan memberi peluang pelaburan emas dipercayai serta terjamin.

“Selaras dengan tujuan menjadikan pelaburan lebih mudah diakses, Dinar Emas Bursa menawarkan waktu dagangan lanjutan sehingga 11.50 malam, tujuh hari seminggu, dengan nilai permulaan pelaburan serendah RM10,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Muhamad Umar turut memaklumkan, pelabur mempunyai pilihan untuk memindahkan hak milik emas kepada individu yang mempunyai hubungan rapat.

Tambahnya, pelabur juga boleh menebus setiap 4.25 gram (g) emas yang dimiliki kepada syiling fizikal direka khas dan dihantar kepada mereka.

Beliau turut menafikan bahawa aktiviti pelaburan itu sukar, mahal dan hanya untuk kumpulan berpendapatan tertentu.

Artikel Berkaitan:

Muhamad Umar
Muhamad Umar

“Pelaburan adalah untuk sesiapa sahaja tanpa mengira berapa nilai modal permulaan mereka, untuk berkembang dari semasa ke semasa,” ujar Muhamad Umar.

Pada masa sama, Bursa Malaysia turut melancarkan portal lain antaranya, Portal Pelanggan baru (MyBursa) dan Bursa Reach yang menghubungkan pelabur secara langsung dengan wakil peniaga.

Muhamad Umar berkata, pendekatan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha untuk memenuhi keperluan pelanggan dan meningkatkan kecairan pasaran serta menyokong pertumbuhan ekonomi selanjutnya.

Kesemua inisiatif tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, bersama Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin dan Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar dengan kehadiran pihak berkepentingan pasaran modal, pemimpin korporat, dan rakan kongsi industri, serta kakitangan Bursa Malaysia.