Bursa Malaysia ditutup rendah

Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh jualan berterusan di kaunter perladangan dan perkhidmatan kewangan terpilih, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lemah. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh jualan berterusan di kaunter perladangan dan perkhidmatan kewangan terpilih, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lemah. - Gambar hiasan
A
A
A

BURSA Malaysia ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh jualan berterusan di kaunter perladangan dan perkhidmatan kewangan terpilih, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lemah, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.89 mata untuk ditutup kepada 1,454.83 daripada 1,462.72 pada Isnin.

Indeks barometer dibuka rendah 0.14 mata kepada 1,462.58, menjadi paras tertinggi untuk hari ini dan bergerak kepada serendah 1,452.48 pada sesi tersebut.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 688 berbanding 309, dengan 403 kaunter tidak berubah, 899 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 4.09 bilion unit bernilai RM2.39 bilion daripada 4.01 bilion unit bernilai RM2.37 bilion pada Isnin.

Sime Darby Plantation dan CIMB merupakan dua penyumbang utama kepada aliran penurunan indeks petunjuk pasaran tempatan, masing-masing merosot 10 sen dan 6.0 sen kepada RM4.34 dan RM5.65, dengan jumlah sebanyak 2.28 mata.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, FBM KLCI ditutup rendah sejajar dengan prestasi bursa serantau yang negatif.

"Indeks serantau utama diniagakan rendah berikutan aktiviti pengambilan untung susulan kenaikan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

"Sementara itu, jualan saham hartanah China turut mempengaruhi sentimen pasaran,” katanya kepada Bernama pada Selasa.

Bagi bursa tempatan, katanya aktiviti jualan yang dilihat sejak dua hari lepas dijangka memberi isyarat bahawa pasaran bersedia untuk belian saham pada harga rendah, berikutan penilaian rendah yang berterusan.

"Oleh itu, kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan mencatatkan peningkatan semula dalam masa terdekat. Sehubungan itu, kami mengekalkan sasaran FBM KLCI mingguan kami pada 1,455-1,475 dengan paras halangan segera pada 1,490 dan paras sokongan pada 1,440,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi lain, Maybank merosot 2.0 sen kepada RM9.13, Public Bank berkurangan 3.0 sen kepada RM4.25, IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.92 manakala Tenaga Nasional meningkat 1.0 sen kepada RM9.91 dan Petronas Chemicals naik 2.0 sen kepada RM7.14.

Daripada saham aktif, Ekovest dan MRCB, masing-masing berkurangan 2.5 sen kepada 53.5 sen dan 46 sen manakala Classita menambah 1.0 sen kepada 8.5 sen dan Sapura Energy tidak berubah pada 5.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 64.03 mata kepada 10,738.84, Indeks FBMT100 berkurangan 60.47 mata kepada 10,408.31, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 67.17 mata kepada 10,910.93, Indeks FBM 70 susut 99.50 mata kepada 14,174.75 manakala Indeks FBM ACE berkurangan 33.30 mata kepada 5,208.88.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 54.92 mata kepada 16,433.36, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.94 mata kepada 172.83, Indeks Tenaga berkurangan 7.78 mata kepada 853.25 dan Indeks Perladangan turun 56.14 mata kepada 6,890.48.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 3.01 bilion unit bernilai RM2.14 bilion daripada 2.95 bilion unit bernilai RM2.11 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 392.70 juta unit bernilai RM59.18 juta daripada 440.93 juta unit bernilai RM61.03 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 665.41 juta saham bernilai RM186.82 juta daripada 612.71 juta saham bernilai RM202.28 juta sebelum ini.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 855.46 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (504.54 juta); pembinaan (239.01 juta); teknologi (231.47 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (87.30 juta); hartanah (508.32 juta); perladangan (39.62 juta); REIT (11.53 juta), dana tertutup (9,100); tenaga (263.29 juta); penjagaan kesihatan (98.33 juta); telekomunikasi dan media (39.06 juta); pengangkutan dan logistik (36.36 juta) dan utiliti (96.67 juta). - Bernama