Empat motosikal menanti pembayar cukai taksiran bertuah

Hadiah ditawarkan MPAJ bagi menarik orang ramai membayar cukai taksiran tahun ini.
Hadiah ditawarkan MPAJ bagi menarik orang ramai membayar cukai taksiran tahun ini.
A
A
A

AMPANG - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menawarkan empat motosikal jenis Yamaha sebagai hadiah utama kepada pembayar cukai taksiran bertuah pada tahun ini.

MPAJ dalam satu kenyataan berkata, hadiah lain berupa barangan elektrik termasuk Smart TV 65 inci, peti sejuk, mesin basuh dan penapis udara turut disediakan sempena kempen ‘Jom Bayar Cukai Taksiran MPAJ’.

Menurutnya, tawaran istimewa itu sebagai menghargai pembayar cukai yang menjelaskan tanggungjawab berkenaan saban tahun.

"Tahun lalu, MPAJ berjaya merekodkan kutipan semasa cukai taksiran sebanyak RM84 juta yang menunjukkan peningkatan berbanding RM77.95 juta pada 2022.

"Kutipan tunggakan cukai taksiran berjumlah RM20.52 juta turut direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kutipan cukai taksiran MPAJ sebanyak RM104.52 juta pada tahun 2023," katanya menerusi kenyataan.

Ujarnya, semakan dan bayaran cukai taksiran MPAJ boleh dibuat melalui melalui akaun ICOMM, JomPay atau di kaunter dan kios aras 4, Menara MPAJ.

"Pemilik harta di kawasan MPAJ perlu mendaftar akaun ICOMM dan jelaskan cukai taksiran MPAJ mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu bermula 1 Januari 2024 sehingga 29 Februari 2024 bagi penggal pertama dan bermula 1 Julai 2024 sehingga 31 Ogos 2024 bagi penggal kedua tahun ini bagi melayakkan diri menyertai cabutan bertuah.

"Cabutan bagi pemenang bertuah hadiah bulanan akan dibuat bermula Mac-Jun bagi penggal pertama 2024 dan September- Disember bagi penggal kedua 2024.

Artikel Berkaitan:

"Sementara cabutan pemenang bagi hadiah utama akan dilaksanakan pada penghujung penggal pertama dan kedua," katanya.

Maklumat lanjut boleh layari www.mpaj.gov.my dan atau Facebook rasmi Majlis Perbandaran Ampang Jaya MPAJ.