'Tiada lagi kolam'

Sinar Harian pada Isnin melaporkan perkongsian video daripada seorang pemandu pelancong berkaitan jalan berlubang seperti kolam yang disifatkan memalukan Sabah bukan saja di mata pelancong tetapi juga menyusahkan pengguna jalan raya di negeri ini.

A
A
A

KOTA KINABALU - Kerja-kerja membaiki laluan yang rosak dan berlubang di Jalan Kampung Jaya Baru, Kinabatangan sudah dilakukan pada Isnin.

Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, beliau telah berbincang dengan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) berkaitan isu jalan rosak tersebut pada pagi Isnin.

"Lanjutan daripada perbincangan itu, Pengarah JKR mengarahkan pihak konsesi untuk menggerakkan pasukan dan jentera kerja mereka ke kawasan yang terlibat untuk melakukan kerja-kerja pembaikan sewajarnya.

"Ini bagi memastikan agar keadaan jalan lebih selamat untuk digunakan pengguna jalan raya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu video berdurasi 58 saat memaparkan keadaan jalan berlubang yang terpaksa dilalui pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah turut memaklumkan bahawa laluan di Kampung Jaya Baru tersebut adalah termasuk di dalam jajaran Lebuh Raya Pan Borneo yang akan dinaik taraf dijangka bermula tahun ini.

Kerja pembaikan Jalan Kampung Jaya Baru, Kinabatangan dilakukan oleh pihak konsesi.
Kerja pembaikan Jalan Kampung Jaya Baru, Kinabatangan dilakukan oleh pihak konsesi.

"Keadaan struktur jalan memang sudah uzur dan hanya dapat dipulihkan dengan melaksanakan kerja menaik taraf secara major iaitu melalui pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo kelak.

Artikel Berkaitan:

"Keadaan jalan raya yang basah akibat musim hujan dengan jumlah trafik yang tinggi terus memberi tekanan kepada struktur jalan yang telah lama melebihi had tempoh reka bentuknya," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:'Jalan raya berlubang seperti kolam amat memalukan'

Bagaimanapun, Shahelmey berkata, sementara menanti bermulanya pakej Lebuh Raya Pan Borneo tersebut, pihak JKR melalui konsesi yang dilantik diarahkan untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan berkaitan.

"Sehubungan itu, saya juga telah mengarahkan Pengarah JKR meminta kerjasama semua jurutera daerah dan jurutera penyelengaraan jalan berserta syarikat-syarikat konsesi penyelengaraan jalan untuk sentiasa proaktif dalam memantau keadaan jalan raya di bawah jagaan mereka dari masa ke masa.

"Laporan-laporan keperluan hendaklah sentiasa dikemas kini untuk tujuan pengurusan dan keperluan memohon peruntukan tambahan perlu dikemukakan sekiranya ia menjadi kekangan keperluan kerja," katanya.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan perkongsian video daripada seorang pemandu pelancong berkaitan jalan berlubang seperti kolam yang disifatkan memalukan Sabah bukan saja di mata pelancong tetapi juga menyusahkan pengguna jalan raya di negeri ini.

Beliau yang membawa 30 pelancong dengan menaiki bas ketika itu dalam perjalanan dari Sukau untuk ke Lapangan Terbang Sandakan namun terpaksa bergerak perlahan ketika melalui jalan yang rosak dan berlubang tersebut.