Pilpres 2024: Jusuf Kalla puji polis Indonesia cepat tahan lelaki ugut Anies

Jusuf Kalla. - AFP
Jusuf Kalla. - AFP
A
A
A

JAKARTA - Naib Presiden Indonesia ke-10 dan ke-12, Jusuf Kalla memuji tindakan pantas polis menahan pemilik akaun media sosial yang mengancam menembak calon presiden (Capres) nombor 1, Anies Baswedan, lapor Detik News.

"Ya...bagus, saya tabik dengan polis yang cepat menangkap pelakunya," kata Jusuf ketika ditemui di Perpustakaan Nasional di Jakarta.

Sebelum ini, polis menahan sorang lelaki dikenali sebagai AWK yang mengugut untuk menembak Anies di TikTok. Bagaimanapun, motif lelaki itu sedang disiasat.

"Perkara ini masih dalam siasatan dan maklumat terkini daripada pasukan yang mengendalikan pelaku telah menyatakan dia melakukan ciapan tersebut," kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Negara, Inspektor Jeneral Sandi Nugroho.

Menurut polis, AWK merupakan pemilik akaun TikTok @calonistri71600. Suspek pernah mengakui menulis komentar yang mengugut untuk menambak Anies.

Selain itu, terdapat juga pelaku lain yang mengugut untuk menembak Anies di laman sosial. Dia mengugut Anies menerusi akaun Instagram @rifanariansyah.

Bagaimanapun, pelaku itu telah menyerah diri balai polis terletak di Kalimantan Timur, Indonesia.

“Setelah kami melakukan siasatan akaun tersebut, akhirnya Unit Subdirektorat Syber ​​Ditkrimsus Polres Kalimantan Timur menemukan suspek dikenali sebagai AN berumur 22 tahun dan penduduk Sangata, Kabupaten Kutai Timur,” kata Bahagian Perhubungan Awam Polis Wilayah Kalimantan Timur, Pesuruhjaya Polis, Yusuf Sutejo.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, suspek menyerah diri pada Sabtu selepas dia menyerah diri sejurus polis mengenal pasti akuanya. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!